Showing posts with label MyResepi. Show all posts
Showing posts with label MyResepi. Show all posts

Resepi Ayam Sambal Bali

Admin 18:17 Add Comment
MaiGugel
MaiGugel
Ni seekor ayam yg dh dibersihkan n selawat,tos..kunyit garamkan xperlu byk sgt..cukup satu camca kecil garam n kunyit..
MaiGugel
Panaskan minyak satu cawan..minyak mmg lebih sikit..nti nk guna utk tumis..goreng ayam xperlu garing..nk juicy2..angkat
MaiGugel
Ok,disebabkan uolls xpnh rasa original nyer,sila ikut resepi ni sebiji2 ya..jgn tanya kenapa byk tu ok..ikut je..jgn degil..hihi..jgn risau..In Sha Allah jadi..sukatan utk seekor ayam..
1)Blend Cili kering segenggam..Bawang besar yg merah ya 6biji (byk bwg br sedap),bwg putih satu labu,halia sikittt je,hujung jari kelingking n belacan besar stgh ibu jari
2) Serai dititik-8btg
3)Daun kari 8tangkai-cuci n tos
4)Kicap tamin (renjis smp dpt warna mcm pic sy atas tu)
5)Gula 3sudu besar (jgn risau manis,sbb nti rasanye akn balance)
6)garam dua camca kecil
MaiGugel
Minyak ayam td tu,gorengkan serai,sampai separa coklat
MaiGugel
Masukkan daun kari smp garing (bkn hangus)..api sederhana ya
MaiGugel
dah dpt warna cantik camtu,baru masuk semua yg dh blend td..tumis smp naik bau n garing
MaiGugel
Masuk gula,garam n renjiskan kicap dlm 5kali renjis..jgn byk sgt dulu..biar warna merah maroon.
MaiGugel
Masukkan ayam n masak lagi 10minit
MaiGugel
Siap..jgn makan terus lps masak..biar la dulu dlm stgh jam..mkn esok lg aduii sedapppnyerr..Selamat Mencuba
Kredit : Aisha Shukor (FB)

Resepi Satay Ayam

Admin 18:50 Add Comment
RESEPI SATAY AYAM Bahan-bahan: 1.5 kg- 1.6kg Daging Ayam beserta kulit ( dipotong dadu ) 1 ½ suudu besar Biji Ketumbar ( disangai dan dikisar ) 1 ½ sudu besar Jintan Manis ( disangai dan dikisar ) Segenggam Serai ( dipotong halus dan dikisar ) 1 sudu besar Serbuk Kunyit 10 biji Bawang Merah ( dikisar ) 500gm Gula ½ cawan Minyak Masak Lidi Satay secukupnya ( perlu direndam dalam air sebelum dicucuk pada daging ayam ) P/S: Resepi diatas boleh digandakan sekiranya ingin membuat dalam kuantiti yang banyak Cara membuat: 1.Daging ayam beserta kulit ayam yang telah dipotong dadu diletak dalam penapis biar seketika. 2.Kisar sekali bahan seperti biji ketumbar , jintan manis , serai dan bawang merah sehingga halus. 3.Marinate ayam yang telah dipotong dadu dengan bahan yang telah dikisar, masukkan gula , serbuk kunyit dan akhir sekali minyak masak, pastikkan daging ayam dimarinate sekata.Biar 30 minit dalam peti sejuk. 4.Cucuk daging ayam yang telah dimarinate ke lidi satay, anggaran 4-5 potongan dadu ayam bercampur kulit ayam dalam sebatang lidi satay.Cucuk sehingga selesai.Siap untuk dibakar…sebaiknya dengan kayu arang@charcoal..terbaik. 5.Sediakan minyak dan serai untuk disapu ke atas satay apabila dibakar, supaya aroma satay akan lebih wangi dan menyelerakan. 6.Jika nak bakar satay lambat lagi,packingkan satay dalam plastic 10 batang 1 plastik.dan simpan dalam freezer, bila hendakgunakan baru lah defrost.Selamat Mencuba! Satay ayam sedap dimakan dengan kuah kacang marbeles dan sambal garing, beserta potongan bawang merah , timun dan nasi impit.